DUA2022: Pengajian Dalam Islam
NAMA PENSYARAH: PUAN RUSWANI BT WAN
ABDULLAH
NAMA AHLI KUMPULAN:
➽NORMADIYANA BT ZAHARUDIN (02DEC16F1020)
➽SITI SARAH BT MEOR ZAINUDI (02DEC16F1045)
➽NURUL ASYIQIN BT ABDUL WAHAB (02DEC16F1015)
➽SITI NUR BALQIS BT MUHD YUSOFF (02DEC16F1029)
➽AMIRAH SHAFIQAH BT SABRI (02DEC16F1049)
1.0 PENGHARGAAN:
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur ke atas illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya serta ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya saya dan ahli kumpulan saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Puan Ruswani kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah memberikan kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sesama ahli kumpulan saya serta rakan kelas yang lain yang telah banyak memberi peringatan terhadap apa yang telah saya dan ahli kumpulan saya alpa atau cuai.
Akhir madah, saya serta ahli kumpulan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kumpulan ini. Terima kasih.
1.1 PENGENALAN:
APA ITU GANGGUAN SEKSUAL?
Gejala seksual merupakan satu perlakuan lucah yang dibuat dengan sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta dan tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual merupakan satu gangguan dan keadaan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran waras manusia baik dari segi lisan, fizikal dan isyarat seksual. Gangguan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di pejabat, institusi pengajian tinggi ataupun kawasan perumahan kita sendiri.
Gangguan seksual ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu bentuk ancaman dan menyebabkan berlakunya persekitaran bekerja yang tidak selesa. Bentuk gangguan seksual ini boleh dikatakan sesuatu yang tidak sopan, berunsur seksual yang mana ia dijadikan sebagai satu syarat untuk seseorang untuk menerima kenaikan pangkat dan ataupun kenaikan gaji dan kelebihan dan keistimewaan dalam syarikat. Fokus dan produktiviti mangsa yang terlibat akan terganggu dan tergugat disebabkan persekitaran tempat kerja yang tidak selesa. Kesannya mangsa gagal memberikan kualiti kerja yang terbaik.
2.0 ISI KANDUNGAN:
PUNCA-PUNCA
2.1.1) Tarikan Fizikal dan Personaliti yang Menarik
Merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung diganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden adalah adalah lebih terdedah kepada kepada gangguan seksual. Bagi sesetengah golongan wanita, keterampilan yang moden sering menjadi salah satu sebab mengapa perkara ini terjadi. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan sekerja dan juga pihak atasan, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian. Menurut Fiske dan Glick(1995) telah membuat rumusan bahawa perawakan wanita yang menampakkan ciri-ciri tradisi kurang terdedah kepada gangguan ini.
2.1.2) Kuasa
Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual. Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Struktur organisasi dalam sesebuah syarikat sering menempatkan lelaki dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding wanita. Hal ini demikian menyebababkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan menggugut untuk tidak diberi insentif yang lebih jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
2.1.3) Pertandingan dan Ego
Punca gangguan seksual juga berlaku kerana pertandingan, ego dan ketakutan kehilangan status kuasa. Lelaki akan bersikap ego apabila dicabar oleh rakan-rakan. Ini kerana lelaki mahu dilihat hebat dimata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan mereka berkelakuan untuk mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman sama ada secara tersirat ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut. Bagi lelaki pekerja wanita dilihat sebagai perminan untuk menarik perhatian lelaki. Mereka bertanding untuk menunjukkan dominasi dan akhirnya mereka menggunakan cara kekerasan untuk mencapai dominasi tersebut. sekiranya mereka berjaya, mereka akan berasa bangga dan puas.
2.1.4) Perbezaan Hormon
Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, ganggguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai ransangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkahlaku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah diluar kawalan pengganggu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkahlaku pengganggu tersebut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang dikhalayak orang ramai.
PENYELESAIAN:
2.2.1) Polisi Gangguan Seksual
Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut.
2.2.2) Memberikan Informasi
Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat tersebut:
Mengadakan seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah, mendakwa telah diganggu secara seksual.
➤Membuat satu mesyuarat untuk menerangkan polisi anti-gangguan seksual yang wajib dihadiri oleh semua kakitangan syarikat supaya semua orang dalam syarikat itu mampu untuk memahami polisi-polisi dan kesan-kesan akibat gangguan seksual.
2.2.3) Sentiasa Peka DItempat Kerja
Syarikat khususnya bahagian sumber manusia harus peka dengan keadaan ditempat kerja. Sekiranya, wujud sebarang kesangsian tanya pekerja samada mereka mempunyai sebarang kebimbangan sekiranya ada apa-apa yang membuat perlakuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai gangguan seksual samada dengan melijhat atau mendengar maka syarikat harus segera mengambil tindakan sewajarnya.
2.2.4) Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual
Apabila wujud kes-kes gangguan seksual ditempat kerja syarikat harus mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa dikendalikan secara professional dan tiada aduan yang akan diketepikan.
3.0 KESIMPULAN:
Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius oleh semua pihak. Untuk menyedarkan orang tentang masalah ini, pendedahan melalui media massa dan ceramah serta seminar perlu diperbanyakkan lagi. Selain itu, talian hot-line yang berfungsi 24 jam perlu diwujudkan supaya mangsa boleh bertanyakan langkah yang sepatutnya diambil segera. Pusat-pusat pengaduan berhubung masalah ini seharusnya diperbanyakkan lagi. Di negara kita, antara persatuan yang aktif bagi menangani masalah gangguan seksual adalah Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), Persatuan Sahabat Wanita dan Pusat Krisis Wanita.Peruntukan undang-undang yang ada berkenaan gangguan seksual di negara kita masih tidak cukup. Undang-undang perlu sesuai dalam semua suasana. Satu takrif jelas mengenai apakah gangguan seksual serta bentuk-bentuknya secara takrif perundangan diwujudkan supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan.
4.0 RUJUKAN:
http://irfankalil.blogspot.my/2011/05/contoh-penghargaanuntuk-pelajar.html
http://gangguanseksualditempatkerja.blogspot.my/p/punca-gangguan.html
http://gangguanseksualditempatkerja.blogspot.my/p/penyelesaian.html
https://books.google.com.my/books?id=xS5TdmrT9ysC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false
5.0 LAMPIRAN: